Thursday, April 15, 2010

terima kasih

Terima kasih sokongan murid-murid geografi saya, dan rakan saya mr. Rajan, yang menyokong saya mengembangkan idea PGP. Perlu dinyatakan kita tidak mempunyai struktur organisasi pada masa ini, kerana kewujudan PGP adalah dalam minda kita sahaja (sekurang-kurangnya buat masa ini). kita memotivasikan diri kita dan rakan-rakan untuk maju tidak semestinya perlu proses mendaftarkan ahli. Oleh itu anda bolehlah beranggapan anda bersama-sama bergerak untuk mencapai visi dan misi PGP. Terima kasih murid-murid cikgu. Saya akan bersama kamu menggembleng usaha mencapai kejayaan dalam SPM dan peringkat-peringkat seterusnya dalam kehidupan. terima kasih Azroy, terima kasih Fadhlullah, Fatin Najiha, Aminah, Nurul Jannah, Mohd Aminuddin, Aziz, Akmal, Sharah, NorAlisah, Zulaiha, Arif, Nur Ariff, Fareza dan ramai lagi yang belum dapat cikgu tulis namanya di sini. Mulai saat dan ketika ini, kita mulai era baru dalam kehidupan singkat ini. Terima kasih.

Wednesday, April 14, 2010

Mari bergerak pantas: VISI DAN MISI PGP

Visi:
Menuju kehidupan berjaya dan bahagia.

Misi:
Melaksana segala tugas dan tanggungjawab dengan sistematik, teratur, dan pantas supaya memperoleh hasil yang dicita-citakan.

Objektif mewujudkannya:
1. memberi dorongan supaya menjalankan tugas dengan rajin, cekap, efektif dan menepati masa.
2. mewujudkan budaya menggunakan masa dengan baik dan berhasil, sama ada sebagai pekerja, pelajar atau sesiapa sahaja.
3. menjauhi keadaan yang menimbulkan masalah besar kepada diri, keluarga dan organisasi.
4. melawan kemalasan dan sifat suka bertangguh.
5. meningkatkan harga diri, supaya menjalani kehidupan dengan penuh keyakinan.
6. menimbulkan keberanian dalam diri untuk bergerak maju ke hadapan tanpa membuang masa.
7. menjadikan diri lebih menarik, kelihatan hebat dan benar-benar hebat.
8. menjalin hubungan positif dengan rakan-rakan dan individu yang mempunyai kesedaran untuk bergerak pantas.
9. mencapai matlamat hidup berakhlak dan berbudi pekerti tinggi.
10. meningkatkan kepercayaan kepada kuasa Tuhan.